Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan pedoman dengan tajuk ini.
"KEBAGKITAN SEMULA SELEPAS MATI"
Sama-samalah kita renungkan......
"Pada hari kebagkita manusia,Allah akan membagkitkan semua manusia dan akan himpunkan semua manusia pada hari qiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baru dibakar , bumi yang suci bersih,tidak ada padanya gunung-ganang dan bukit- bukau dan tidak pula ada padanya tanda atau kesan yang menunjukkan bumi itu pernah diduduki dan dimiliki oleh orang”
Begitulah gambaran bumi seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Bukhari dan muslim
,pada hari kebangkitan semula manusia, permulaan kehidupan abadi yang berkekalan selama-lamanya.
Manusia dan segala kehidupan, termasuk rasul, malaikat ,jin, syaitan, dan haiwan yang dimatikan pada tiupan pertama sangkakala, dibangkitkan oleh ALLAH melauimalaikat Israfil pada tiupan sangkakala yang kedua.
Israfil adalah mahluk terakhir yang dimatikan oleh ALLAH dan mahluk yang pertama yang dihidupkan semula oleh ALLAH diatas tugasnya meniup sangkakala yang mematikan semua mahluk dan menghidupkan semula semuanya. Manusia dibangkitkan semula dari kuburnya sebagaimana amalnya ketika hidup di dunia. Mereka yang beramal soleh akan bangun dari kubur dalam keadaan sempurna, manakala orang yang derhaka akan dibangkit dalam keadaan hina dan menyedihkan.
Ada beberapa hadis Nabi SAW mengenai cara orang yang derhaka pada ALLAH dibangkitkan dari kubur. Satu daripadanya bermaksud ” sesiapa yang mati dalam keadaan mabuk, dia akan menemui malaikat maut dalam keadaan mabuk, ketika menemui malaikat munkar dan nakir pun dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan semula dalam keadaan mabuk, lantas dia diseret
kelubang yang digali di tengah-tengah neraka jahanam dalam keadaan mabuk. Dalam lubang itu ada mata air yang mengalirkan air mata darah. Tiada makanan dan air kecuali dari air mata darah itu semata-mata”
ALLAH berfiman dalam ayat 47 surah Al-kahfi, ayat 49-50 surah al-waqiahdan ayat 6 surah al-tafiif yang antara maksudnya menyatakan “ Bahawa selepas sekalian yang mati dihidupkan semula dan dibangkitkan semula dari kubur masing-masing, tuhan akan himpunkan segenap lapisan manusia dan tidak ketingalan pun antara mereka seorang pun untuk dihisabkan dipadang mashar untuk menghadiri pembicaraan dan hukuman Tuhan Rabbul Jalil”
Apakah nasib kita di padang Masyar kelak?adakah kita digolongkan dalam golongan yang mendapat syafaat dari Rasulullah?atau adakah sebaliknyer?
Pada hari tersebut manusia tidak lagi menghirau apa yang berlaku di persekitaranya.mereka hanya memikirkan bagaimanakan nasib mereka nanti di hadapan Allah. Perempuan yang mengandung tidak menghiraukan lagi kandunganya, yang mempunyai anak tidak lagi peduli akan anak nya,suami membiarkan isterinya dan sebaliknya kerana telas jelas pada pandangan mereka akan azab api neraka.
Mereka memekit dam melolong meminta ampun dari ALLAH dan memohon agar mereka dikembalikan ke dunia dan berjanji akan melaksanakan segala perintah ALLAH SWT. tapi mereka sudah terlambat.
Bersambung........
No comments:
Post a Comment