Assalamualaikum….
Saudara/ri seagama….
Bersua kembali…..setelah lama menyepi…..
TAZKIRAH REMAJA
MUHAMMAD BERJAYA BUKAN KERANA BAGINDA RASUL
RASULULLAH S.A.W adalah nabi kita yang mesti dicintai, diikuti dan dicontohi sebagai panduan hidup. Usaha mempelajari serta mendalami kehidupan rasul menjadi kewajipan pengikutnya. Bab kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Antara mekanisma untuk mengenali Nabi yang lebih berkesan ialah dengan mempelajari sirah Baginda S.A.W. la penting bagi umat islam.
Mengapa?
Pertama: Sirah perjalanan Rasulullah SAW adalah terjemahan hidup al-quran yang paling lengkap. Firman ALLAH yang membawa maksud: “dan tidak kami turunkan al-Quran agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa yang telah diturunkan kepad a mereka”. Begitu juga Allah s.w.t menurunkan al-Quran beransur-ansur sesuai dengan kejadian dan terakam dalam sirah Nabi s.a.w.
Dari sini, terlihat dengan jelas untuk memahami isi kandunagn al-Quran , kita harus memahami sirah Nabi S.A.W.
Kedua: Sirah Rasulullah s.a.w adakah sirah yang paling agung dan yang paling lengkap. Ia terpelihara daripada penyimpangan dan penyelewengan. Ulama sepanjang sejarah mempertahankan keaslian sirah ini dengan mempertahankan urutan dan sanad secara ketat. Ketat dalam erti kata perawi hadis, sirah ini mempunyai kejujuran yang tinggi dan antara mereka harus sambung menyambung tanpa putus. Berbeza dengan periwayatan nabi sebelumnya, kita sukar menemui kisah yang lengkap mengenai mereka. Misalnya mengenai masa kecil seorang nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya. Kalaupun ada sebagimana yang terdapat dalam kitab injil, seringkali periwayatanya sukar dipertanggungjawab keasliannya, bahkan kerap menodai darjat kenabian mereka.
Ketiga: Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sangat telus, tidak ada yang rahsia dan fakta tidak ada yang disembunyikan. Sejak masuk kamar mandi, cara mandi, cara tidur, cara masuk dan keluar rumah, cara bergaul dengan kalangan isteri, hingga keperibadian sebagai seorang ayah, sebagai seorang teman sahabat, sebagai seorang jeneral perang, pemuka agama dan pemimpin Negara. Menariknya semua sisi dari dimensi hidup yang baru saja kita sebutkan adalah cerminan kebaikan, contoh akhlak yang paling mulia dan tauladan yang paling patut diikuti.
Allah berfirman yang membawa maksud: “ Sesungguhnya ada pada (diri) Rasulullah s.a.w contoh tauladan yang baik yang paling baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”
Keempat: Sesiapapun yang membaca sirah Rasulullah pasti akan menemui baginda adalah manusia biasa, makan dan minum seperti kita dan mendapat ujian dan kesulitan hidup dan diusir dari kampung halamanya. Malah, baginda dihina dan diseksa oleh orang yang membencinya, sering kelaparan kerana kefakiranya, namun disebabkan ketabahan yang sangat tinggi,nabi sanggup menahan lapar dengan dahaga dengan penuh kehormatan ( izzah). Disebabkan kesabaran baginda tidak pernah kenal erti putus asa, bahkan tidak mengeluh sekalipun harus melakukan pengorbanan besar seperti berhijrah. Kegigihan membuatkan Baginda sanggup menghadapi segala cubaan, manakala keteguhan iman menjadikannya bertambah cekal dalam suasana genting. Berkat sesungguhnya mejalani sunnatullah, nabi s.a.w mengambil segala sebab dan proses yang benar, lalu bertawakkal kepada Allah secara mendalam.
Akhirnya,Nabi s.a.w mencapai kemenangan. Tiada alasan bagi sesiapapun untuk mengatakan rahsia kejayaan baginda semata-mata kerasulanya seperti seorang sutradara yang menetukan kemenangan mutlak kepada wiranya dalam sebuah filem.
Tidak, Rasulullah tidak begitu dan tidak boleh diumpamakan sama sekali dengan seorang wira dunia filem. Baginda hidup di alm yang nyata dan pernah tewas dalam perang uhud kerana sebab-sebab tertentu.
Dengan yang demikian, amat salahlah jika menyatakan wajar nabi jika Nabi Muhammad berjaya kerana Baginda adalah rasul, tidak boleh dibandingkan dengan kita.
Kenyataan seperti itu hanya akan melemahkan iman dan kesungguhan kita untuk mengikuti jejak Rasulullah s.a.w dalam mendaulahkan agama islam malah muncul pelbagai penyakit yang akan menyebabkan kelumpuhan dan perpecahan dalam masyarakat islam.
Wallahuaklam ………
No comments:
Post a Comment