assalamualaikum.......
ALLAH berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud “Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah hubungannya dengan dunia dan segala amalanya terputus kecuali 3 perkara iaitu:
1) Ilmu yang boleh dimanfaati yang dipelajarinya semasa hayatnya di dunia.
2) Sedekah jariah yang dibuatnya semasa hidup kearah kebaikan
3) Doa daripada anak-anak yang soleh yang selalu mendoakan kesejahteraanya.
Sudah kita maklum bahawa kematian adalah proses penghijrahan manusia kealam Baqa’ melalui alam barzah (yakni alam kubur). Bagi orang yang beriman waktu itu cepat baginya, umpama dia baru sahaja mati dan terus dibangkitkan dari kubur untuk dihisab. Manakala orang yang fasik dan tidak beriman pada ALLAH pada hayatnya akan melalui proses kematian yang sukar, alam kubur yang sukar dan menunggu masa yang lama untuk dibangkitkan semula untuk dihitungkan amalanya di Padang Masyar.
Apabila Malaikat Israfil meniup tiupan sangkakala yang pertama, maka hanjur leburlah segala isi perut bumi, segala apa yang ada di langit jatuh ke bumi. Matahari, bintang dan bulan semuanya jatuh ke bumi. Bukit bukau gunung-ganang hancur lebur, lautan melimpah ke daratan. Manusia ketika itu hilang arah tujuan dan dinyatakan oleh firman ALLAH menyatakan manusia ketika itu umpama kelkatu yang baru keluar dari busutnya. Perempuan mengandung tidak lagi memperdulikan kandungannya, ibu yang mempunyai anak kecil tidak memperdulikan anaknya lagi, ibu-bapa tidak memperdulikan anak-anaknya lagi, si suami tidak peduli akan isterinya dan sebaliknya kerana runsing memikirkan akan perihal diri masing-masing. Selepas tiupan sangkakala yang pertama, semua kehidupan yang ada di muka bumi akan mati dan malaikat Israfil adalah makhluk yang paling akhir yang dimatikan oleh ALLAH.
Allah menghidupkan Malaikat Israfil untuk meniup sangkakala yang kedua. Apabila tiupan sangkakala yang kedua ditiup, maka semua manusia akan dibangkitkan semula untuk dihisabkan amalan-amalan mereka dan dihadapkan di Mahkamah Agong Rabbul-Jalil. Disitulah semua manusia dihisabkan dan ditimbangkan segala amalannya di atas Mizan ALLAH (alat timbangan). Dihadapan itu, dihamparkan satu jambatan untuk ke Syurga. Jambatan itu diumpamakan seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh kecilnya dan tajamnya lebih daripada tajamnya sebilah pedang. Apabila selesai manusia dihisab, maka mereka akan menyemberangi jambatan itu dengan berbaga-bagai cara dan ragam mengikut amalan masing-masing.
ada yang lajunya seperti panahan kilab,seperti menaiki kuda dan sebagainya dan ade yang merangkak dan mengesot dan jatuh ke dalam lohong neraka....dan meminta pertolongan allah, tetapi terlambat..mereka akan dibakar didalam nya sehinggalah semua dosanya terhapus...nauzubillah.....
bersambung.....
aduhai sahabat seagamaku,,,ayuhla bangun dari mimpi dan bertaqwalah kita pada ALLAH...
sedarlah dunia ini sudah hampir dengan penghujungnya....